Manusia sebagi vektor Ensefalitis Jepun

Dalam segi yang lain, jika seseorang individu awam tidak dapat mengaitkan gejala yang dihadapinya dengan penyakit yang menjangkitinya, atau sama sekali tidak mengetahui bahawa gejala-gejala yang ada pada dirinya adalah kerana jangkitan sesuatu jenis penyakit, maka beliau secara tidak langsung dan tanpa disedarinya menjadi penyebar kuman penyakit yang menjangkitinya itu. Dia akan menjadi pembawa atau vektor penyakit berkenaan.

Oleh kerana pesakit-pesakit sendiri boleh menjadi sumber kuman-kuman penyakit, maka sebarang langkah pencegahan haruslah melibatkan usaha merawat, mengawasi dan memantau pesakit-pesakit tersebut, serta melindunginya atau menasihatkan mereka supaya melindungkan diri daripada organisma-organisma vektor yang lain. Dalam keadaan-keadaan tertentu, prinsip yang sama mungkin perlu digunakan jika sumber kuman-kuman penyakit itu ialah haiwan, Khususnya haiwan-haiwan ternakan. Bagi penyakit Ensephalitis misalnya, sumber utama virus penyebab kepada edaran jangkitan penyakit ini ialah haiwan-haiwan ternakan yang dijangkiti terlebih dahulu, seperti babi, arnab, kuda, ayam, burung liar dan sebagainya.

Babi bertindak sebagai hos penguat dan mempunyai peranan amat penting dalam epidemiologi penyakit ini.

Manusia, lembu, dan kuda merupakan hos akhir, dan penyakit ini muncul sebagai encephalitis membawa maut. Babi bertindak sebagai hos penguat dan mempunyai peranan amat penting dalam epidemiologi penyakit ini. Jangkitan dalam babi adalah tanpa tanda (asymptomatik), kecuali bagi babi bunting, apabila keguguran dan kecacatan janin kesan biasa. Vektor terpenting adalah C. tritaeniorhynchus, yang mengemari lembu berbanding manusia, ia telah dicadangkan agar memindahkan babi jauh dari penempatan manusia, dan lembu digunakan bagi mengalihkan nyamuk jauh dari manusia dan babi.[1] Hos semulajadi virus Japanese encephalitis adalah burung, bukan manusia, dan dengan itu virus ini mustahil dihapuskan sepenuhnya.

Rujukan

WikiPedia: Ensefalitis Jepun http://www.health.gov.au/internet/wcms/publishing.... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb7036.htm http://www.emedicine.com/med/topic3158.htm http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/jencephalitis/ http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?field=... http://www3.who.int/icd/currentversion/gLinkGroupL... http://www.moh.gov.my/JE.HTM http://content.nejm.org/cgi/content/full/355/9/869 http://www.dh.gov.uk/assetRoot/04/13/79/19/0413791...